“Dia bukan pasal usia dah nak…” Akhirnya Status Hubungan Zara Zya & Alha Alfa Terjawab?

PETALING JAYA – Sejak semalam, tular sekeping foto pelakon Zara Zya disarungkan cincin menimbulkan tanda tanya sama ada wanita itu kini bergelar tunangan orang.

Mengunci mulut dan terus membiarkan khalayak berteka-teki, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin enggan memberikan komen lanjut mengenai perihal terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Digosipkan menjalin hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa, Zara, 38, turut menafikan usahawan itu adalah lelaki yang sedang bertakhta di hatinya dan merupakan tunangnya seperti diperkatakan ramai sejak foto tersebut tular dalam media sosial.

“Kami memang BFF (Best Friend Forever). Memang tiada apa-apa ikatan istimewa.

“Tetaplah berteka-teki. Tetaplah bersabar. Insya-Allah. Pasti ada (jodoh). Ada masa nanti, saya akan kongsikan.

“Dia bukan pasal usia dah nak 40 tahun. Rumah tangga ini tentang sama ada kita dah bersedia atau tidak, itu sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Terdahulu, tular sekeping gambar pelakon drama rantaian, Segenap Takdir itu disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.

Sebelum ini, lulusan bidang Teater Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA) itu juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik dalam media sosial bersama duda anak empat itu tular.

Namun, Zara sendiri mendedahkan kepada Kosmo! bahawa apa yang berlaku antaranya dengan Shuib semata-mata untuk kandungan pemasaran bisnes minuman Bubblebee yang diusahakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Sumber / Kredit :– KOSMO! ONLINE

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!