Foto Bertunang Dah Tersebar? Akhirnya Zara Zya Buka Mulut, Ini Komen Pelakon Cantik Ini

Kuala Lumpur : Tular gambar pelakon Zara Zya disarungkan cincin menimbulkan tanda tanya sama ada pelakon itu kini bergelar tunangan orang.

Biarpun gambar yang disebarkan itu diambil dari posisi jauh namun jelas menampakkan wajah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Risik Pada Hati itu.

KOMEN ZARA ZYA :

“Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum.

“Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, sekeping gambar Zara atau pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin,38, disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.

Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak terbabit menjadi tular.

Menerusi perkongsian itu, dia memohon agar netizen berhenti menjodohkan dia dengan Shuib yang mempunyai kehidupan sendiri.

Selain Shuib, dia juga pernah di ‘kenenkan’ dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.

Sumber/ Kredit : HM

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!