[VIDEO] Raysha Rizrose Sah Bergelar Isteri! Suaminya Bukan Calang-calang Orang “Cantiknya Adik Uqasha Ni…”

SELEPAS dua bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya pelakon Raysha Rizrose sah bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 3 (F3), Nabil Jeffri, 30, dengan sekali lafaz.
Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.52 malam, Rabu.
Raysha atau Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cer4i Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.
Nabil dinikahkan oleh bapa Raysha, Mohd Fariz.
Pada majlis tersebut Raysha menerima mas kahwin sebanyak RM2,222.
Pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama oleh pengantin perempuan.
Wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.
“Syukur segala-galanya yang dirancang selama ini dipermudahkan.
“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, InsyaAllah,” ucap Raysha selepas sah bergelar isteri.
Majlis dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat.
Untuk majlis pernikahannya itu, Raysha memakai busana pengantin berwarna putih rekaan Teh Firdaus.
Raysha bersama bapanya, Mohd Fariz.
Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang bakal diadakan pada 26 Februari ini di lokasi sama.
Untuk rekod, Raysha dan Nabil sudah mula berkenalan sejak lebih 10 tahun lalu.
Pada 22 Disember tahun lalu, pasangan ini melangsungkan pertunangan di Petaling Jaya, Selangor.
TONTON VIDEO PILIHAN!
Sumber / Kredit : mstar
Diolah oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.