Foto Zara Zya Dirisik Tersebar… Ini Nama Bakal Suaminya Yang Netizen Petik Sampai Jadi Bualan Peminat!

TIADA angin tiada ribut, pelakon Zara Zya didakwa dipinang oleh seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya apabila tersebar sekeping foto memperlihatkan seorang wanita menyarungkan cincin ke jarinya.

Menerusi foto tersebut, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dilihat mengenakan sepersalinan baju kurung berwarna putih sedang duduk di atas sofa sambil seorang wanita berpakaian hitam menyarungkan cincin ke jari manis tangan kirinya.

Bagaimanapun wajah wanita berkenaan ditutup dengan emoji cinta bagi merahsiakan identitinya.

zara1 - 1

Zara sebelum ini digosipkan dengan Alha Alfa.

Sementara itu, sumber memaklumkan majlis merisik itu dilakukan dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri dalam kalangan keluarga terdekat.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan Zara berhubung penularan foto tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Sebelum ini, pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu digosipkan mempunyai hubungan dengan jurusolek selebriti terkenal, Datuk Seri Alha Alfa.

Alha bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Zara sudah terjalin sejak sekian lama hanya atas dasar persahabatan.

Dalam pada itu, netizen menebak jejaka yang menambat hati Zara adalah Alha memandangkan pelakon itu dilihat menemani usahawan berkenaan ke acara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari lalu.

Untuk rekod, Zara pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019 namun selepas sebulan, pasangan selebriti tersebut membuat keputusan memutuskan hubungan mereka.

Sumber / Kredit : mStar

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!