Dah Banyak Kali Dihalau Mak Sendiri? “Anju Dan Bekas Tunang Lawan Londeh A1b”

Ingatkan hampir menemui penyelesaian, namun sangkaan itu meleset apabila episod pertelingkahan Zarina Anjoulie dengan bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey masih berpanjangan nampak gayanya.

Khazrul menerusi TikTok mendakwa Zarina yang mesra disapa Anju merupakan seorang yang toksik.

Lebih megejutkan, dia mendedahkan bahawa Anju pernah memukul kepala adiknya dengan telefon bimbit selain memarahi anaknya dengan panggilan kurang baik.

Kredit foto: TikTok

“Tak payah acah suci, walhal diri itu penuh kekotoran. Mak dia sendiri dah banyak kali halau dia keluar dari rumah sebab biad4b dan ch3mical woman.

“Kalau anak sendiri dim4ki hamun dengan perkataan bab* dan si*l, manalah anak tu nak rapat dengan ibu,” tulisnya.

Malah, dakwanya anak Zarina tidur dengan neneknya setiap malam kerana ibu sendiri toks1k.

“Banyak lagi kalau nak cerita. Kita buka sikit dulu, nak sangat kan,” ujarnya.

Kredit foto: TikTok

Dalam hantaran lain, Khazrul menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya pagar rumah dibina, dirobohkan.

“Dah pokai ke tak ada duit nak sambung? Tak ada duit nak bayar kereta sewa ke? Rasakan bila orang buka a1b you macam mana,” tambahnya.

Sementara itu, Anju menerusi Instastory ada berkongsi tangkap layar perbualan dengan wanita didakwa menjadi mangsa Abot yang disifatkannya seorang penunggang agama.

Malah, lelaki berkenaan disifatkan seorang yang baran dan pernah memukul wanita selain menggunakan kuasa wang untuk terhadap wanita.

Apalah kesudahan konflik antara mereka? Mungkinkah pendedahan lebih panas bakal disajikan kepada orang ramai?

Sumber/ Kredit : – CARI

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!