Wanita Yang Did4kwa Mengganggu Rumahtangga Hafidz Roshid Akhirnya Buka Mulut?

SELEPAS beberapa hari pemilik nama Athira Yuhada didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz Roshdi, wanita berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri pelakon berkenaan iaitu Nurul Shuhada Shukri di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Selain kepada Nurul Shuhada, Athira turut memohon maaf kepada dua anak pasangan berkenaan iaitu Humairah dan Umar.

Dedah Athira, Hafidz cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu dan sepanjang tempoh itu juga dia sudah berkali-kali cuba menjauhkan diri daripada pelakon tersebut.

Bagaimanapun kata Athira, kekecohan ini berlaku disebabkan dia bersimpati dengan keadaan Hafidz yang didakwa mengalami masalah kesihatan ment4l dan ingin memberi sokongan terhadapnya.

Athira memuat naik kenyataan di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

“Saya Athira Yuhada, saya berhut4ng Shuhada, Humairah dan Umar kata maaf yang paling ikhlas. Apa yang saya lakukan adalah sangat mementingkan diri sendiri.

“Sepanjang tempoh sembilan tahun Hafidz cuba menghubungi, saya berkali-kali cuba yang terbaik untuk mengelak.

“Akhirnya ini berlaku setelah mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya bersimpati dan ingin menyokongnya,” jelasnya.

Menerusi hantaran sama, Athira bagaimanapun mengakui kesilapan yang dilakukan namun menegaskan hubungan mereka sudah lama berakhir.

Katanya lagi, dia tidak lagi sesekali akan berhubungan dengan Hafidz pada masa hadapan.

“Saya akui saya lemah dan bod0h kerana terjerumus dalam situasi ini. Namun pada masa yang sama saya ingin menegaskan perkara ini sudah lama berakhir dan saya tidak akan lagi berhubung dengannya.

Athira tidak akan sesekali menghubungi Hafidz.

“Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” katanya.

Pada Khamis lalu, tangkap layar skrin Instastory dipercayai milik Nurul Shuhada tersebar yang memberi bayangan aktor itu berlaku cur4ng menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi menerusi Instagram menggunakan nama @shushukriii itu dia meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi peny0ndol dalam rumah tangga mereka.

553

Sehingga kini Hafidz masih mendiamkan diri berhubung dakwaan berlaku cur4ng.

Bukan itu sahaja, menerusi status berlainan turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya mend3rita.

Sebelum ini Hafidz pernah dikaitkan dengan tuduhan cur4ng iaitu menghantar mesej luc4h dengan wanita lain sehingga kelakuan itu dihidu oleh isterinya.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber / Kredit : mStar

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!