Zara Zya B0ngkar Apa Status Sebenar Hubungannya Dengan Shuib Yang Ramai Tak Tahu

PETALING JAYA – Pernah digosipkan bercinta dengan duda ‘hot’ Shuib, pelakon Zara Zya mendoakan yang terbaik buat lelaki itu andai benar jodohnya dengan ahli perniagaan, Watie Hanifiah.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin juga tidak menafikan bahawa gosip percintaan antaranya dengan Shuib selama ini hanyakan untuk tujuan pemasaran atau konten semata-mata.

“Saya rasa khalayak atau bahawa hubungan saya dengan Shuib memang untuk ‘marketing’ produk minuman (Bubblebee) pada waktu itu. Tapi, masih ada yang leka dan lupa tetap juga mendoakan (agar kami bersama).

“Untuk Shuib, sudah tentu saya sebagai kawan mendoakan yang terbaik buat dia. Insya-Allah semoga hubungannya dengan sesiapa pun yang dia pilih kekal hingga ke akhir hayat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Zara, 38, yang ditemui pada acara sambutan ulang tahun penubuhan Noor Arfa ke-43 tahun tadi di Magica Hall, Cheras sebentar tadi mendedahkan bahawa hatinya juga sudah berpunya dan tidak menolak untuk menamatkan zaman bujang tahun ini.

“Ada lah. Ada (ketawa) tapi nantilah (saya dedahkan). Bukan pasal saya sekarang dah nak menginjak usia 40 tahun atau apa.

“Perkahwinan ini perlu tanya diri kita sama ada dah bersedia atau belum. Insya-Allah saya dah bersedia untuk bergelar isteri tahun ini. Doa-doakanlah,” ujarnya yang enggan mendedahkan gerangan lelaki yang sedang bertahta di hatinya buat masa sekarang.

Terbaharu, pelakon drama rantaian Segenap Takdir itu digosipkan menjalin hubungan cinta dengan aktor kacak, Niezam Zaidi selepas foto mesra mereka dalam Instagram saling tak tumpah seperti pasangan kekasih.

Sumber / Kredit : – KOSMO! ONLINE

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!