“Beraninya Naim!”- Nyanyian g4ntung, terbalik Naim Daniel buat peminat bimbang

KUALA LUMPUR – Berani dan luar kotak. Itu konsep yang dibawakan penyanyi Naim Daniel apabila tampil menyanyi dalam keadaan terbalik dan posisi terg4ntung di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) sebentar tadi.

Menerusi lagu berjudul Mainan, Naim membuatkan seluruh stadium bergema dengan sorakan penonton apabila muncul dalam keadaan yang tidak pernah ditampilkan dalam mana-mana edisi Anugerah Juara Lagu (AJL) sebelum ini.

Rata-rata penonton terpegun dengan konsep yang dibawakan penyanyi berusia 25 tahun itu apabila menyifatkan persembahannya begitu unik dan lain daripada yang lain.

“Persembahan seorang penghibur yang segar dan relevan. Tahniah Naim!” ujar seorang pengguna Twitter.

“Beraninya Naim! Memang terbaik,” kata seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menyuarakan kebimbangan terhadap persembahan yang ditampilkan penyanyi itu jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Ris4unya t4kut tali putus,” ujar seorang netizen.

“Tak pening kepala ke? T4kut d4rah turun ke kep4la pula,” kata seorang peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!