Akhirnya tumbang juga… Tahan s4kit 17 jam, keadaan terkini Puteri Sarah buat peminat bimbang!

PELAKON Puteri Sarah Liyana terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan sejurus tiba dari Dubai pada Sabtu.

Kata Puteri Sarah, 38, dia mula rasa tidak sedap badan dan mengalami b4tuk sejak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah dan menanggung kesakitan sehingga kembali ke Malaysia.

“Saya memang tak cukup rehat… penat sangat. Hanya sehari sebelum umrah saya cuti untuk kemas barang.

sarah 3

Sarah bersama dua orang anaknya berangkat ke Makkah pada hujung Januari lalu.

“Cuaca di sana (Makkah) mungkin juga jadi faktor saya batuk. Mulanya ingat boleh tahan, tetapi sampai sahaja Kuala Lumpur semalam saya rasa terus nak tumbang.

“Lepas pulang ke rumah, selesaikan berkemas dan makan, saya terus ke h0spital,” katanya kepada mStar.

Terdahulu Sarah turut berkongsi dia berada di hospital di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu dia turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja berikutan s4kit yang dialami ketika ini.

Semalam saya menahan sakit 17 jam dalam penerbangan dari Dubai ke KL

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON


“Maafkan saya terpaksa batalkan sesi photoshot. Akhirnya saya tumbang juga.

“Saya perlu berehat dan dipantau doktor. Insya Allah bila sudah sihat nanti saya akan bekerja semula,” tulisnya.

Selepas selesai mengerjakan umrah sebelum ini, Puteri Sarah dilihat turut membawa dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bercuti ke Dubai.

sarah 2

Sarah terpaksa menangguhkan jadual kerja disebabkan sakit.

“Semalam saya menahan sakit 17 jam dalam penerbangan dari Dubai ke KL. Sampai di sini badan saya dah menggigil kesejukan. Sebab itu terus ke h0spital,” ceritanya.

Menerusi rakaman suara yang dihantar kepada mStar jelas kedengaran Puteri Sarah menahan batuk dan tidak boleh bercakap lama.

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!