Bakal dapat anak keenam, Jamal Abdillah Minta Peminat Cadang Nama Untuk Anak Keempatnya

Bakal menimang cahaya mata keempatnya bersama isterim Datin Zai Izzati, raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah meminta kepada peminatnya untuk mencadangkan nama yang sesuai untuk cahaya matanya itu.

Memetik Harian Metro, Jamal memaklumkan cahaya mata keempatnya dijangka lahir pada 23 Mac depan.

“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk b4yi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.

“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal berkata kandungan isterinya berada dalam keadaan baik serta tidak sabar menantikan kehadiran bayi perempuan itu.

“Alhamdulillah, isteri saya, Zai dan b4yi perempuan dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah. Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia dan isteri merancang untuk menambah cahaya mata lagi, Jamal berkata anak keempat itu adalah yang terakhir.

“Saya berasa sudah cukup kami memiliki empat anak iaitu dua pasang anak lelaki dan perempuan. Kalau nak tambah anak lagi, saya perlu fikirkan kos untuk kami besarkan dan menyara mereka hingga masuk ke universiti.

“Justeru, fokus kami sekarang untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil ini dan memberikan pendidikan terbaik buat mereka,” katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.  Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani atau Zack dan Isksndar Rayyan Yamani.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal juga memiliki dua anak iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!