““Boleh jadi rumah itu baharu dipagar”- Pengamal perubatan sangkal dakwaan Ali Puteh, bahan dijumpai untuk ‘pagar’ rumah

PETALING JAYA – Seorang pengamal perubatan menyangkal d4kwaan pelawak, Ali Puteh yang mendakwa kakak ipar, Siti Norhidayah Mohd. Ali mengamalkan s1hir dan ritual m1stik.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pengamal perubatan yang dikenali sebagai Zaki Samsuddin itu menyatakan bahawa barang-barang yang ditemui Ali itu sebenarnya bahan untuk memagar rumah daripada gangguan sy4itan.

Jelas beliau, kebiasaannya garam, lada hitam, daun bidara diguna pakai untuk tujuan memagar di rumah.

“Boleh jadi rumah itu baharu dipagar, tapi kebiasaannya, yang ditunjukkan Ali itu adalah kaedah atau bahan-bahan digunakan memagar rumah.

“Selain itu, balu arw4h datang ke rumah bersama peguam dan peguam itu bukan seorang bomoh, tiada tanda-tanda s1hir yang ada dekat situ,” katanya.

Mengulas lanjut kata Zaki, sekiranya Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan mendakwa itu perbuatan s1hir, dia akan menemui ayam, kain kuning yang terikat serta bangkai haiwan.

“Kalau sihir tu, mungkin Ali akan nampak selain daripada itu seperti ayam atau kain kuning yang terikat, binatang-binatang yang m4ti.

“Ada juga orang menggunakan garam sebagai satu sumber s1hir tetapi seperti yang kita lihat menerusi video perkongsian Ali, ia tidak ke arah s1hir kerana kita tidak nampak ia daripada bahan-bahan yang ditunjukkan itu,” ujarnya.

Semalam, pelawak berusia 33 tahun itu dalam temu bual dengan sebuah akhbar mend4kwa Siti Norhidayah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain dipercayai untuk upacara tertentu.

Dakwa Ali lagi, wanita itu yang datang ke rumah arw4h Abam di Gombak, Selangor dengan ditemani peguamnya mempunyai tujuan lain yang dapat dibuktikan menerusi penemuan barangan tersebut.

Daripada tinjauan Kosmo!, video berhubung d4kwaan penemuan tersebut telah dibuang dalam Instagramnya.

Pada masa sama, Hidayah yang juga balu Abam berkongsi video menerusi TikTok mengenai kedatangannya ke rumah yang pernah didiami bersama suaminya itu tetapi tiada sesiapa membuka pintu walaupun sudah menunggu sejam.

Dalam hantaran tersebut, dia juga meminta pihak Ali menyegerakan bayaran sebanyak RM60,000 seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes s4man fitn4h.– KOSMO! ONLINE.

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!