Kisah Selebriti Putus Tunang Empat Si Cantik

KISAH putus tunang dalam kalangan selebriti bukan lagi sesuatu perkara yang aneh dalam landskap seni tanah air.

Terbaharu, cerita aktres sensasi Zarina Anjoulie atau Anju putus tunang dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzey menuai perhatian ramai kerana tempoh pertunangan yang singkat iaitu selama dua minggu sahaja.

ANJU dan Khazrul menjadi pasangan sensasi terkini yang baru putus tunang.

Dikecam, disiasat bahkan ada juga yang mungkin bersorak, keterujaan bekas pasangan itu membahasakan diri sebagai ‘papa’ dan ‘mama’ antara dijadikan modal cerita.

Ada juga bersetuju hubungan selayaknya terputus atas pelbagai faktor. Jika diikutkan, bukan cerita putus tunang Anju sahaja yang menjadi perhatian. Saban tahun ada sahaja kejutan putus tunang berlaku. Gala minggu ini membawakan beberapa selebriti yang pernah melalui momen ‘pelamin anganku musnah’, namun cekal ceria hidupnya.

Zara Zya dan Hafreez Adam
12 Oktober 2019 – November 2019

Tiada lagi persefahaman, itu antara alasan yang diberikan aktor Hafreez Adam mengenai punca dia dan Zara Zya putus tunang pada November 2019.
Ujar Hafreez, hubungan mereka retak beberapa hari sebelum membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan yang terjalin pada 12 Oktober 2018 dalam sebuah majlis tertutup.

Malah, kedua-duanya menegaskan perpisahan mereka bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti did4kwa ramai.
Mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 10 Oktober 2020 juga mengaku cuba untuk menyelamatkan hubungan, namun menemui jalan buntu.
Sehingga hari ini, kedua-duanya masih solo tanpa pengganti dan belum ada perancangan menamatkan zaman bujang.

Intan Najuwa dan Razrul Anwar Rosli
18 Ogos 2018 – Februari 2020

Aktres Intan Najuwa antara selebriti tanah air yang pernah melalui momen pahit putus tunang.
Pertunangan yang diikat dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rosli pada 18 Ogos 2018 akhirnya terlerai pada Februari 2020.
Intan dalam satu kenyataan menyifatkan, perpisahan tersebut terjadi disebabkan sememangnya tiada jodoh antara mereka.

Keputusan tersebut diambil selepas perbincangan kedua-dua belah pihak.
Pelbagai spekulasi mengenai punca perpisahan mereka yang diperkatakan ramai, antaranya perbezaan bidang iaitu seni dan perniagaan.
Jarak usia 16 tahun juga dikatakan penyebab utama ketidakserasian mereka.

Aishah Azman dan Syafie Naswip
7 April 2019 – Jun 2019

Hanya bertahan empat bulan, itu tempoh ikatan pertunangan dua pelakon, Aishah Azman dan Syafie Naswip. Bertunang dalam sebuah majlis pada 7 April 2019, mereka kemudian mengesahkan ikatan tersebut terlerai tiga bulan kemudian iaitu pada Jun tahun yang sama.

Tanda tanya mengenai kemelut status pertunangan mereka tercetus apabila dua pelakon itu bertindak memadam gambar antara satu sama lain dalam akaun media sosial masing-masing.
Sehingga hari ini, punca kedua-dua pelakon berkenaan putus tunang masih menjadi teka-teki, tambahan berlaku satu insid3n yang berlanjutan sehingga ke b4lai polis.
Ternyata dugaan pertunangan yang dilalui Syafie dan Aishah agak berat.

Atikah Suhaime dan Awie Rafael
17 Mac 2018 – 14 Mac 2019

Kurang seminggu sebelum diijab kabul, Awi Rafel mengejutkan ramai apabila mengumumkan terpaksa membatalkan majlis pernikahan yang sepatunya berlangsung di Singapura dengan aktres Atikah Suhaime.

Perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 17 Mac 2019 tiba-tiba dibatalkan Awi kerana tidak mampu melalui dugaan besar yang dihadapinya sepanjang tempoh pertunangan.
Menurut Awi, dia beranggapan ikatan pertunangan yang terlerai sebagai jawapan saat akhir yang diberikan Tuhan dalam solat istikharahnya.

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!