[Video]Budak main lato-lato dua jam tanpa henti bawa pulang hadiah kambing

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki berjaya membawa pulang hadiah utama berupa seekor kambing selepas mengalahkan 300 peserta lain dalam pertandingan bermain lato-lato di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia, lapor laman berita Merdeka.

Chesta Gaddafi, 10, menjadi juara selepas bermain lato-lato selama 2 jam 7 minit tanpa henti semasa di pusingan akhir.

Video pertandingan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @infodarjo.

Chesta memberitahu bahawa dia telah berlatih selama berminggu-minggu sebelum pertandingan.

Dia mengaku gementar di pusingan awal hingga separuh akhir kerana terdapat ramai peserta yang lebih dewasa daripada dirinya.

“Pada peringkat separuh akhir dia lebih gementar kerana peserta terpaksa bermain lato-lato sambil duduk, mencangkung, berjalan dan berjalan dalam bulatan,” katanya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tak lenguh ke tangan selepas bemain 2 jam,” komen seorang netizen. – Agensi


Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!