Ini Biodata Pelakon Jelita Yang Did4kwa Mengg4nggu Rumahtangga Bella Astillah & Aliff Aziz

PETALING JAYA: Spekulasi pelakon wanita didakwa cuba mengg4nggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah terjawab apabila Alif mengesahkannya adalah Sophia Albarakbah.

Meskipun tidak menyebut nama, namun penjelasan Aliff terhadap kriteria wanita dikaitkan dengan dirinya menjurus kepada Sophia.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu berkata, hanya Sophia terbabit dengan penggambaran dengannya menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ketika ini.

“Saya buat satu drama sahaja. Jadi, itu sahajalah her*in saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri memang tak sebut nama.

“Jadi, lebih baik biarkan perkara ini begitu sahaja. Saya faham keadaan Bella sedang rapuh, tetapi kami terbuka berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang.

“Saya dan Bella berkomunikasi mengenai isu ini secara rasional. Apa yang Bella dedahkan saya tidak dapat menafikannya.

“Mengenali Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Bella juga bukan jenis melenting jika tidak betul,” katanya kepada BH Online.

Aliff ditemui pada sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, di sini, hari ini.

Drama arahan Osman Ali ini bakal disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 6 Februari ini.

Kemesraan Sophia dan Aliff mula diperkatakan selepas memuat naik video Aliff membelai rambutnya sambil bertentangan mata yang dilakonkan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu tidak menafikan, kontroversi itu terjadi berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.

“Tiada siapa dapat menjangka kontr0versi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan agar tidak lalai menjaga kesilapan.

“Pada awal penggambaran, tiada sesi bacaan skrip, jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” ujarnya.

Enggan kontr0versi berlanjutan dan demi menghormati perasaan isteri, bekas juara Gegar Vaganza 9 itu akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon filem Miimaland itu.

“Seperti apa yang Bella katakan, saya menghormati dan mampu mengembalikan kepercayaan dan keyakinannya terhadap saya,” kata Aliff.

Sementara itu, Aliff berharap Sophia tampil memberi penjelasan untuk menjernihkan kemelut yang hangat diperkatakan itu.

“Saya tidak boleh memaksa, tetapi berharap Sophia dapat beri penjelasan. Apapun, terpulang kepadanya,” ungkapnya.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangganya.

Bagaimanapun, Bella tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut, namun warganet mula menyerang Sophia dalam Instagram sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen. – Berita Harian

Kenali Siapa Sophia Albarakbah Pelakon Yang Sangat Jelita, Rupanya Bukan Calang-Calang Orang

Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki paras rupa jelita dan sekali pandang macam anak patung, mungkin ramai tertanya-tanya siapakah figura pemilik nama yang semakin meningkat naik ini.

Siapa Sophia Albarakbah? Beliau merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula menceburi dunia seni tanah air sejak tahun 2019.

Beliau kini dikenali menerusi drama rantaian Hadiah Dari Tuhan yang sedang bersiaran di saluran TV3, serta Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria.

Sophia Albarakbah adalah seorang pelakon dan juga model. Untuk ketahui lebih lanjut, kami sediakan biodata Sophia AlBarakbah seperti berikut.

Sophia albarakbah on Twitter: "Something from the archive. https://t.co/6tC2BemOHg" / Twitter

Latarbelakang Peribadi

Memiliki paras rupa jelita, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki dar4h k4cukan Melayu, Cina dan Arab. Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu Sophia pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.

Menggunakan nama komersial, Sophia Albarakbah. Berumur 28 tahun (2021). Kelahiran Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.

Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian.Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.

Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18. Akaun Instagramnya atas nama @sophiekoshka sehingga ini mencatatkan lebih 129,000 pengikut.

Kerjaya

Pakej lengkap dimiliki gadis ini membuatkan dia berjaya mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Pada awalnya Sophia menjadi model pelbagai iklan komersial. Kemudian Sophia mula berlakon selepas berjaya terpilih dalam uijbakat dan sejak dari itu gadis ini terus aktif dalam dunia seni.

Filem pertama Sophia adalah Miimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.

Selain berlakon filem, bakat Sophia mula mendapat perhatian pengarah drama tempatan. Makanya drama berjudul Tercipta Satu Ikatan menjadi karya pertama kemunculannya di televisyen.

Kemudian Hadiah Dari Tuhan dan Suamiku Lelaki Pendosa bergandingan dengan Aaron Aziz serta Air Mata Allisya lakonan bersama Keith Foo. Terbaharu drama bakal ditayangkan tidak lama lagi berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang mana heronya adalah Aliff Aziz.

Koleksi Foto Sophia Albarakbah

Fakta Menarik

Berdarah campuran Melayu, Arab dan Cina. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33). Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

Menimba ilmu dalam bidang seni menerusi kelas lakonan bersama Farah Ahmad. Enggan berbicara lanjut soal jodoh kerana ingin memberi tumpuan penuh pada bidang lakonan yang diceburi.

Sumber/ Kredit : Illuminasi/Syor

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!