Mas Idayu ‘membatu’ di kerusi juri, tak mahu komen… Lepas pujuk akhirnya ‘buka mulut’, ini kata2 padunya!

PENYANYI Mas Idayu dilihat seakan-akan merajuk apabila enggan memberi sebarang komen pada persembahan pembukaan daripada Siti Saerah dan Siti Saida menerusi program Famili Duo pada malam Ahad.

Ajai atau Muhammad Faizal Maas yang juga juri program berkenaan yang mewakili Mas Idayu berkata, dia menghorm4ti keputusan dibuat penyanyi berkenaan memandangkan tidak mahu apa yang keluar daripada mulutnya disalah anggap oleh orang lain.

“Saya mewakili Mas Idayu nak beritahu bahawa dia tak memberi sebarang komen di persembahan Famili Duo pada malam ini.

“Dia tidak mahu komen tersebut disalah anggap atau salah tafsir,” katanya.

1914453

Mas Idayu bergandingan dengan Ajai sebagai juri tetap.

Ajai berkongsi perkara itu sebelum memberi komen persembahan Siti Saerah dan Siti Saida yang menyampaikan lagu medley Mentera Semerah Padi dan Apokalis nyanyian asal Datuk M. Nasir.

Dalam pada itu, Siti Saerah dan Siti Saida selepas mendengar komen Ajai meminta Mas Idayu memberi komen terhadap persembahan mereka kerana menganggap ulasannya sebagai juri dapat membantu mereka memperbaiki diri pada peringkat seterusnya dalam Famili Duo.

“Jadi kami nak dengar lagi komen daripada kedua-dua juri, mungkin ini malam terakhir kami di sini,” katanya.

Mas Idayu bagaimanapun dilihat tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut meskipun mendapat sorakan daripada penonton di studio.

Bagaimanapun, selepas giliran Ayda Jebat dan Fyna Jebat mengadakan persembahan, penyanyi lagu Cintaku 100% itu kembali membuka mulut selepas dipujuk dua beradik berkenaan.

Mas Idayu dalam komennya turut memberitahu dia sebenarnya tidak kisah atau takut dicerca mahu pun dihina sebaliknya bimbang apabila tidak mahu lagi menegur.

553 (1)

Teguran dibuat terhadap Sissy Imann dan Naim Daniel disifatkan kasar.

“Apa-apa pun dua-dua okay, Mummy okay… Mummy happy. Nak beritahu dekat Ayda dan Fyna di pentas, Mummy sebenarnya tak kisah, tak takut dic3rca dan dih1na oleh orang luar.

“Tak kisah sama sekali! Apa yang Mummy takut, Mummy h1na dan c3rca orang. Mummy juga tak takut untuk m4rah, menegur, membentak awak di atas pentas itu. Yang Mummy takut ialah bila Mummy tidak lagi mahu menegur.

“Malam ini terus terang saya rasa korang memang wow. Persembahan yang bagus malam ini,” ujarnya.

Dua beradik tersebut turut turun ke pentas ke meja juri dan memeluk Mas Idayu.

Program itu disiarkan secara langsung di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan turut disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam. Famili Duo dihoskan oleh Sean Lee dan Janna Nick.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!