[Video]Fizo Omar tambah anak lagi, isteri h4mil lima bulan

PELAKON Fizo Omar berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini sedang ham1l lima bulan anak kedua mereka.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, dia menyifatkan keham1lan isterinya itu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka memandangkan baharu sahaja menyambut kelahiran anak pertama dengan Fezeera 11 bulan lalu.

“Syukur Alhamdulillah, rezeki lain dari Allah buat kami semua.

“Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce,” katanya.

Fizo umum isteri kini ham1l lima bulan anak kedua.

Fizo berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi video yang dimuat naik itu juga, Fizo memberitahu bahawa anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik.

Malah dia turut dilihat teruja bakal bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Fizo dan isteri.

Ramai mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

“Tahniah! seronok anak rapat-rapat. Nanti dah besar macam sebaya.

Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce.

FIZO OMAR

PELAKON

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)


“Hebat! Tahniah Fizo dan isteri. Semoga mummy dan anak dalam kandungan sihat-sihat selalu.

“Betul-betul rapat jarak ini, nanti besar macam kembar masing-masing,” antara komen netizen.

Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 di sebuah masjid di Hulu Klang dan majlis resepsi pula diadakan secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

325316514_634934211723218_1125186961631593317_n

Fizo Omar bersama isteri dan anak-anaknya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan.

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dangan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercer4i pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!