[VIDEO] “Kembarnya kot” Gadis Iras Elfira Loy Jadi Bualan Netizen, Memang Sama Sangat!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon popular dengan panggilan Elfira Loy ini. Pelakon jelita ini sedari kecil sudah berjaya mencipta nama sebagai anak seni yang mempunyai bakat besar dalam dunia lakonan.

Meskipun begitu, Elfira Loy kini bahagia disisi suami dan dua cahaya matanya dan walau jarang dilihat di kaca televisyen tidak seperti sebelum ini, Elfira Loy sering menjadi sorotan ramai di media sosial miliknya.

Pun begitu, baru-baru ini pula nama selebriti jelita ini menjadi sebutan ramai selepas satu rakaman video tular memaparkan seorang gadis pekerja sebuah kedai makan. Hal ini kerana, netizen menyamakan wajah gadis tersebut dengan Elfira Loy sehinggakan rakaman video ini menjadi perbualan orang ramai.Dalam rakaman video ini memaparkan gadis manis bertudung ini sedang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan, gelagatnya itu menarik tumpuan apabila ramai menyamakan wajah dirinya itu sama seperti Elfira Loy.

VIDEO :

Muatnaik tersebut bagaimanapun membuatkan warganet juga memberikan komen yang sama tentang wajah Elfira Loy dan gadis tersebut sehingga dikatakan seperti kembar. Malah sebelum ini, ada juga yang pernah merasakan hal yang sama dan ternyata gadis tersebut mendapat perhatian ramai kerana wajahnya itu dikatakan sebijik sama dengan pelakon tersebut.

KOMEN NETIZEN :

‘Nampak macam dia, tapi bukan dia’

‘Aah la macam pernah nampak muka dia ni’

‘Dulu pernah jugak makan sini. Nampak dia. Ingatkan aku seorang je perasan macam pelakon tu’

‘Keliru dah ingat Elfira tadi’

Elfira Loy
Elfira Loy

Sumber/Kredit : SYOR

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!