Lewat Usia 50-an!, Wajah Terkini Lucy ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, Angeline Tan Kekal Awet Muda

Nama pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.

Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.

Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.

Terkini, Angeline Tan ditampilkan dalam filem terbaharu arahan Sabri Yunus, Duan Nago Bagho yang menjengah pawagam bermula hari ini.

Angeline Tan bersama sahabat-sahabat pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu

“Wajah seorang ibu dan isteri yang tidak pernah damai dalam hidupnya. Isteri kepada lelaki yang hidup dalam dunia gelap masa mudanya. Ibu kepada seorang anak yang dibv.ru oleh dend4m seseorang.

Hidupnya sentiasa berharap dan berdoa. Dan jadikan dia tidak percaya pada semua orang sekelilingnya. Itulah watak Nyonya Ang dibawa oleh Angeline Tan.

Selain dari watak Duan, watak Nyonya Ang watak kedua mendasar cerita ini. Hati seorang ibu. Secara peribadi saya kenali dia dalam tahun 1992.

Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993. Saya tahu disiplin dan komitmennya. Saya tahu nilai setiakawannya. Saya tahu dia pelakon yang serius dan sangat membantu.

Dalam Duan Nago Bogho dia bukan sekadar berlakon tapi banyak bantu dalam hal-hal keperluan lain. Koleksi wardrobe dan props dipinjamkan pada pelakon lain, itu sikapnya yang tidak berkira sedari dulu, juga tegas dengan prinsipnya. Sesuai dengan Nyonya Ang, watak dalam Duan Nago Bogho. Terima kasih Angeline.” Sabri Yunus

Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!

 

 

 

 

Sumber: Instagram @angelinetanyy, nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!