[Video}Impi miliki anak lelaki pula, Fazura sudah sedia timang cahaya mata kedua

SELEPAS anak sulungnya iaitu Nur Fatima Aisya menginjak usia dua tahun, pelakon Nur Fazura memberitahu dia sudah bersedia untuk hamil cahaya mata kedua.

Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata pada awalnya dia merancang untuk menimang anak kedua pada tahun ini, namun terp4ksa menimbangkan semula hasrat itu kerana terikat dengan jadual kerja yang agak padat.

“Kalau boleh saya nak mel4hirkan pada Disember tahun ini, tapi sekarang dah Januari. Lepas tu ada filem lagi. Bila nak buka ‘kilang’ tu kan.

faz1 - 1

Fazura mahu menimang anak lelaki.

“Sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes, nak berlakon lagi. Saya berdoa semoga Allah permudahkan semuanya dan mudah-mudahan tercapai apa yang saya mahukan ini,” katanya kepada mStar.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di anugerah Nona Superwomen 2022 yang diadakan di M Hotel & Resort, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu ini memberitahu dia mengimpikan untuk memiliki anak lelaki bagi cahaya mata kedua ini.

Dia bagaimanapun tetap bersyukur sekiranya dikurniakan anak perempuan lagi kerana menyedari ramai lagi pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


“Memang saya mengharapkan anak lelaki, tetapi kalau anak perempuan pun saya terima kerana semua itu ketentuan Allah dan saya bersyukur.

“Ramai di luar sana masih mengharapkan zuri4t dan saya bersyukur sekiranya dikurniakan anak lelaki atau perempuan, asalkan sihat,” ujarnya.

faz2 - 1

Fazura dan Fattah bersama anak perempuan mereka, Fatima.

Ditanya mengenai penglibatan Fatima dalam dunia seni, Fazura berkata dia tidak mahu terlalu mended4hkan anaknya dalam bidang ini.

“Saya tak mahu dedahkan dia sangat sebenarnya, ada beberapa tawaran yang memang mahukan Fatima jadi duta.

“Kalau boleh saya tidak mahu terlalu beri pended4han kepadanya kerana nanti dah besar takut dia salahkan Mommy pula suruh dia kerja.

“Kalau ada rezeki dia dan Allah dah tentukan, saya ikut sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.


Sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!