Kacak Adik Amelia Henderson Nim… Raih Perhatian Netizen

PERTAMA kali bergandingan dengan kakaknya iaitu Amelia Henderson, pelakon baharu Alex Henderson mengakui teruja kerana akhirnya dapat berlakon dengan aktres itu dalam filem terbaharu berjudul Pulau.

Alex atau nama sebenarnya Alexander Rudra Keith Henderson, 23, berkata, sebelum ini dia hanyalah seorang pelakon suara latar bagi filem animasi tetapi bersetuju menerima tawaran berlakon filem berkenaan selepas dipujuk oleh kakaknya.

Alex berlakon selepas berjaya dipujuk kakak, Amelia Henderson

“Saya dan kakak memang rapat dan dia selalu ajak untuk berlakon bersama. Tetapi sebelum ini saya dekat Korea dan tak ada masa yang cukup sebab banyak kerja.

“Sekarang kami bekerja dalam satu produksi yang sama menerbitkan program Studio Sembang, jadi tak susah la nak bekerja sekali.

“Ini pertama kali berlakon untuk sebuah filem sebab sebelum ini saya banyak buat suara latar untuk filem animasi sahaja,” katanya kepada mStar.

Alex ditemui semasa sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝕬𝕸𝕰𝕷𝕴𝕬 (@ameliath)


Sementara itu, Alex berkata kehadirannya dalam industri lakonan bukanlah kerana mahu menumpang populariti kakak, sebaliknya sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu.

“Dia selalu pujuk saya untuk berlakon sama, tetapi saya tak nak sebab Amelia sebelum ini banyak buat drama. Tapi apabila dia ajak berlakon filem seram, jadi saya setuju.

Alex tidak tolak tawaran untuk berlakon jika ada rezeki

“Sebelum ini pun saya tak suka nak ikut dan teman kakak pergi mana-mana acara hiburan, jadi kalau nak kata tumpang populariti itu rasanya jauh sangat,” katanya.

Filem seram arahan Euho itu turut menampilkan Alif Satar, Namron, Ikmal Amry, Harris Anuar dan Sabronzo Dolla.

Pulau mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda yang bertukar menjadi mimpi ngeri.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!