Pelakon muda Tissa Biani teringin berlakon bawah Syamsul Yusof

SHAH ALAM – Pelakon muda kelahiran Indonesia yang popular dengan filem seram, KKN di Desa Penari iaitu Tissa Biani melahirkan keinginan untuk berlakon di bawah arahan pengarah sens4si, Syamsul Yusof.

Tissa atau nama sebenarnya, Tissa Biani Azzahra berkata, dia tahu tentang kehebatan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul.

“Kalau di Malaysia saya sempat dengar tentang filem terlaris di negara ini iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

“Ada dengar ramai yang memuji filem (di Malaysia) ini dan bahkan di Indonesia juga sempat dirilis di sana.

“Saya rasa teringin juga ingin bermain (filem) di negara ini. Kalau pengarah filem Mat Kilau (Syamsul Yusof), saya tak begitu terperinci tahu tentangnya tapi filemnya sempat saya tahu sebab viral juga kan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar Tissa yang memainkan peranan sebagai Nur dalam KKN di Desa Penari lagi, dia akan mencari peluang dan kelapangan untuk berlakon dengan produksi filem natau drama di Malaysia.

“Mungkin suatu hari nanti boleh sertai projek lakonan di Malaysia. Kalau ada masa dan kesempatan yang bisa didapatkan di sini, mengapa tidak,” jelas Tissa yang memiliki 4.5 juta pengikut Instagram. -KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!