“Jangan datang macam taik0 ikan masin” Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa selesaikan konflik?

KEMELUT membabitkan pelakon Izreen Azminda dan Intan Liana Saleh nampaknya masih belum berakhir biarpun kedua-duanya sudah bahagia dengan pasangan masing-masing.

Terbaharu, Intan dan bekas suami iaitu Ude Wahid dan Izreen dilihat berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

Mahu menyelesaikan kemelut itu secara baik, Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 39, menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Intan bagi mengadakan perbincangan.

izreen1 - 1

Izreen dan Intan berbalas kenyataan di Instastory.

“Jom kita sembang sama-sama okay tak? Nak bincang elok-elok. Datang dengan cara elok. Kita pun layan elok. Jangan datang macam taiko ikan masin.

“Sebab bapa aku saksi malam tu, lagi pun dah lewat anak-anak nak sekolah. Kali ni jomlah kita jumpa. Aku rekod siap-siap supaya tak ada putar belit cerita. Jom jumpa Intan Saleh. Ni aku ajak terus depan-depan,” katanya.

Izreen berkongsi luahan hatinya itu menerusi satu muat naik di Instastory pada Rabu.

Izreen dipercayai menulis status itu bagi membalas kenyataan Intan atau Intan Liana Saleh, 38, sebelum ini yang mendakwa aktres berkenaan telah menganggu hidupnya.

Sebelum itu, Intan terlebih dahulu menulis luahan hati di Instastory berkongsi rasa kurang senang dengan tindakan seseorang yang masih mengganggu dan mengvgutnya.

“Kau nak apa sebenarnya eh. Aku ada kacau hidup kau ke? Sekarang ini aku dah kahwin pun tak habis-habis lagi sibuk hal aku. Malah, kvtuk suami aku. Orang tanya aku kenapa tak maafkan? Sebab apa? Sebab cerita di sebalik tabir yang orang tak tahu aku hadap.

“Hal peribadi aku yang tak ada kena mengena setitik pun dengan dia yang dia sibukkan mengugvt aku tak sudah-sudah,” jelasnya.

izreen2 - 1

Ude tampil menyebelahi isterinya, Izreen.

Dalam pada itu, suami kepada Izreen iaitu Ude atau Muhamad Radzi Abdul Wahid, 35, turut memberitahu bahawa individu berkenaan tidak membalas WhatsApp yang dihantar.

“Itulah yang sebenarnya. Ajak settle depan-depan tak nak. WhatsApp tak balas. Tahu-tahu up dekat Instagram (IG). Memang suka expose masalah ke macam mana.

“Sudahlah, jangan nanti dok bising-bising dekat IG tiba-tiba Allah buka a1b kau baru masa tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi,” katanya.

Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan Saleh pada 1 Mac 2013 dan bercerai pada 22 Mac 2018.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.

Izreen dan Ude pula mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 4, dan Ali Idrees, 2.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!