Air mata pengarah & penerbit tersohor Yusof Haslam ‘gugur air mata’ kongsi kisah Syamsul

PETALING JAYA – Air mata pengarah dan juga penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam akhirnya gugur ketika berkongsi perasaan tentang kontr0versi ‘kahwin dua’ membabitkan anaknya, Syamsul Yusof.

Ujar Yusof, 68, sebagai seorang bapa sudah tentu dirinya berasa kecew4 atas apa yang berlaku, lebih-lebih lagi selepas Syamsul bernikah bersama isteri keduanya, Ira Kazar tanpa memberitahu keluarga.

Bagaimanapun, Yusof mend4kwa rasa kec3wa dan m4rah itu lebih dirasai oleh isterinya, Datin Patimah Ismail atas apa yang dilakukan Syamsul terhadap isterinya, Puteri Sarah serta dua anak mereka.

“Boh0ng kalau saya tidak rasa kecew4 apabila langsung tidak dimaklumkan tentang pernikahan oleh anak sendiri yang dijalankan di Thailand.

“Tapi perasaan dan luahan hati saya mungkin tidak sama dengan apa yang dirasai oleh ibunya. Dia (isteri) memang m4rah,” ujar Yusof ketika ditemu bual dalam program Melodi, hari ini.

Sambil men4han rasa seb4k, Yusof mahu Syamsul bertanggungjawab jika berlaku perkara tidak diingini (bercer4i) antara dia dan juga Puteri Sarah walaupun enggan kejadian seumpama itu berlaku.

“Kalau timbul apa-apa masalah selepas ini, saya harap dia (Syamsul) akan memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Jika mereka tiada jodoh (walaupun saya tidak memintanya), saya mahu Syamsul sebagai seorang bekas suami harus jalankan tanggungjawab kepada bekas isteri dan anak-anak. Bukannya dengan memberi duit semata-mata,” tegas Yusof.

Kongsi pengarah drama popular, Gerak Khas itu, perkahwinannya bersama isteri sudah pun mencecah usia 40 tahun dan masih kekal harmoni sehingga ke hari ini kerana peranannya sebagai seorang suami ‘pemujuk’.

Kata Yusof, sebagai seorang suami, dia perlu tahu untuk memenangi semula hati isteri jika berlaku salah faham dan tidak akan membiarkan wanita itu merajuk dan memendam rasa seorang diri.

“Saya telah berkahwin dengan isteri selama 40 tahun. Apa yang membuatkan kami masih kekal kerana saya seorang yang akan memujuk.

“Kalau isteri merajuk, kita pujuk. Jangan biarkan isteri merajuk, memendam rasa seorang diri. Kita manusia yang tidak sempurna.

“Kalau ada masalah, masing-masing selesaikan. Suami kena mainkan peranan sebab suami imam dalam keluarga,” tegasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)


Reda atas apa yang terjadi, Yusof tetap mendoakan kesejahteraan Syamsul dan berharap agar lelaki itu akan lebih bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan yang disifatkan sebagai perjuangan.

“Saya sebagai seorang bapa, sentiasa mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Saya berharap Syamsul akan lebih bertanggungjawab kerana kehiduapn bukan suatu perjalanan yang mudah. Hidup ini umpama perjuangan.

“Kalau ada buat silap, cuba mengakui kesilapan kita. Jangan anggap isteri perlu dengar cakap kita 100 peratus. Amalkan bertolak ansur, InsyaAllah rumah tangga kita akan kekal,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!