Sinetron lejen! Selepas 17 Tahun ‘Bawang Merah Bawang Putih’, Wajah Terkini Revalina Menjadi Bualan Peminat

Walau sudah 17 tahun fenomena sinetron Indonesia ‘Bawang Merah Bawang Putih’ berlalu namun impak drama tersebut masih terkesan di hati penonton tanah air hingga ke hari ini. Gandingan mantap Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak Siska ketika masing-masing baru mencecah usia remaja turut membuatkan ramai penonton Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua.

Se1ring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersend1ri.

Keakraban Revalina & Nia hingga hari ini

Wajah terkini Revalina

Di samping suami tercinta

Keluarga Revalina

Mend1rikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan, Rendy Aditwa Gunawan, Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian s3ksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.

Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana. Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019. Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 35 tahun ini bijak menjaga penampilan d1ri.

Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beij1ng, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.

Tidak lagi aktif dengan dunia seni sejak berumah tangga dan mempunyai anak, Revalina bagaimana pun lihat menjaga pendapatan sebagai usahawan. Kini, dia merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.

Personaliti ini juga kini dilihat selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai. Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembvtan wajah Revalina.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Sumber/ Kredit : Nona

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!