“Nampak Lain Sangat” – Did4kwa Buat Hidung, Wajah Terkini Zarina Zainuddin Jadi Bualan Netizen

RAMAI membuat pelbagai spekulasi apabila pelakon Zarina Zainuddin dilihat menjalani pembed4han di bahagian hidung sehingga ada menyangka proses itu dibuat semata-mata demi untuk cantik.

Menjelaskan perkara sebenar, Zarina bekata, dia melakukan pembed4han itu kerana sudah tidak tahan dengan masalah sinus dialaminya sejak sekian lama.

Justeru, dakwaan mengatakan dia membuat pembed4han kosmetik adalah tidak benar sebaliknya atas faktor kesihatan.

zarina 2

Perubahan hidung Zarina menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

“Yang tidak tahu tentang diri saya, anda tuduh macam-macam. Jadi hari ini saya perlu terangkan keadaan sebenar. Saya ada masalah sinus yang teruk dan migrain sehingga selalu s4kit kepala.

“Doktor melakukan pembed4han dan membuang semua bendalir dalam hidung. Ingat saya nak hidung macam ini. Hidung saya cukup cantik sebelum ini,” katanya.

Zarina menjelaskan hal tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Dia juga menunjukkan bahagian muka yang dibedah dan perubahan pada hidung selepas menjalani prosedur tersebut.

Dalam masa sama, aktres ini tegas meminta mana-mana pihak yang sengaja menuduh dia melakukan pembed4han plastik bagi tujuan kecantikan agar segera memohon maaf.

Membaca komen anda pun boleh buat saya menangis dan tambah sakit kepala

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

“Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus menghakimi, jumpa saya dan minta maaf sebelum saya m4ti. Atau cari saya di akhirat.

“Membaca komen anda pun boleh buat saya menangis dan tambah s4kit kepala,” jelasnya.

zarina 3

Azal juga mengalami masalah sinus.

Tambah Zarina, anaknya iaitu Azal juga mengalami masalah sama namun tidak dapat menjalani pembed4han disebabkan keadaannya yang menghidap avtisme.

“Azal pun alami masalah yang sama tetapi saya tak sanggup nak buat pembed4han sebab keadaan dia begitu. Jadi dia cuma makan ub4t sahaja,” ujarnya.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit :

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!