Nabila Razali kecewa dengan Atu Zero, komen tak boleh nyanyi live macam ‘b0dy sh4ming’

PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa kecew4 terhadap komen pelawak Atu Zero yang meny1ndir dia tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul menerusi program The Masked Singer Malaysia pada malam Jumaat.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, komen dibuat Atu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka atau punchline ketika muncul dalam program televisyen.

“Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang tetapi tidak buat saya.

nabila razali 1

Nabila harap Atu tidak menjadikan peribadi orang lain sebagai bahan jenaka.

“Saya tidak mar4h kepada dia (Atu). Hanya sedikit kecew4,” katanya.

Nabila meluahkan pandangannya mengenai tindakan Atu itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Ia berikutan Atu memberi komen kepada salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia iaitu Si Tangkis yang menyanyikan lagu Pematah Hati.

Atu dalam komennya secara spontan memberitahu individu di sebalik kostum itu bukan Nabila kerana penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan secara langsung.

Mungkin awak mahu jatuhkan orang lain demi mendapat perhatian

NABILA RAZALI

PENYANYI/PELAKON


Dalam pada itu, Nabila berkata, dia melihat kata-kata pelawak itu sama seperti isu b0dy sh4ming yang sering menjadi perdeb4tan h4ngat apabila seorang pelawak menggunakan perkara itu untuk dijadikan bahan jenaka.

“Saya rasa perkara ini sama sahaja seperti body shaming. Kepada semua pelawak, tolong cari bahan jenaka lebih baik untuk buat orang ketawa.

“Mungkin awak mahu j4tuhkan orang lain demi mendapat perhatian,” ujarnya.

nabila razali 3

Luahan Nabila terhadap komen Atu.

Sementara itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini berkata, dia sentiasa cuba memperbaiki diri selepas sering kali mendapat krit1kan gagal membuat persembahan baik di atas pentas.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri saya setiap tahun. Hanya peminat setia sahaja tahu progres yang saya lalui,” jelasnya.

 

Sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!