Berl4gak seperti m4ngsa pula – Puteri Sarah

Kurang 24 jam selepas pengarah Syamsul Yusof ‘keluar dari gua’ berjanji mahu membuat pemdedahan tentang kemelut rumah tangganya dalam masa terdekat, isterinya, Puteri Sarah Liyana pula tampil dengan respons

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan, terdapat individu yang akhirnya keluar dari persembunyian, tampil bersuara seolah-olah menjadi m4ngsa keadaan.

Menurut Syamsul, sudah tiba masanya dia merungkai apa yang berlaku di sebalik kemelut rumah tangganya yang menjadi bualan ramai hampir setengah tahun.

Sementara itu, perkongsian Puteri Sarah di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila memuat naik posting seakan memerli Syamsul dikatakan cuba ‘play victim’.

“Dah keluar gua tapi play victim pulak. Takpelah janji settle. Stay classy they said,” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik satu perkongsian mengatakan bahawa tahun 2023, para isteri akan lebih ‘lelaki’ berbanding lelaki itu sendiri.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berharap agar wanita diluar sana yang senasib dengannya akan terus kuat menghadapi segala ujian.

Terdahulu, Syamsul berkata dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak termasuk isterinya, Puteri Sarah yang sering berkongsikan kisah rumah tangga kepada umum di media sosial.

Sumber :rotikaya, kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!