[VIDEO] “Baca Skrip Ke Tu?”- Gelagat Suami Ain Berlakon Buat Netizen Gelak Besar!

Siapa tak kenal pasangan suami isteri yang cukup sporting antara satu sama lain, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi wanita. Suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa atau lebih mesra di sapa Mirul merupakan seorang ahli perniagaan.

Tular di media sosial video Ain bersama suami berlakon dalam mempromosikan satu produk. Namun gelagat suaminya telah membuat netizen terhibur melihat video tersebut.

“Sikit Lagi Nak Wrestling Mirul.”

Mengikut perkongsian Ain di laman sosial tiktok miliknya @ain.edruce, terlihat dia sedang mengikuti trend di tiktok yang mana dia mengamuk dan hendak membaling barang di sekitarnya. Namun begitu, disebabkan harga barangan itu terlalu mahal, dia tidak membalingnya. Suaminya, Mirul turut serta berlakon dalam video tersebut bagi mempromosikan produk ‘Break Out’.

“Baca Skrip Ke Tu?”

Menjengah keruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Mirul berlakon dalam video tersebut. Sempat mereka menyindir Mirul yang kantoi membaca skrip dalam video. Ini kerana netizen perasan mata Mirul yang bergerak seolah-olah membaca sesuatu dihadapannya.

Dia baca skrip! Tengok mata dia gerak kekiri & kenanan

Yang si mirul ni dah kenapa HHAAHHAHAHAHA

Kami nampak lah amirul baca hahahahahaha

BACA SKRIP EHHHHH MIRULLLL

VIA Tiktok ain.edruce
VIA Tiktok ain.edruce

Sekadar info, Ain telah berkahwin pada 13 Disember 2019 dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa . Dia dan suami, Amirul Hafiz dikurniakan seroang anak perempuan yang dilahirkan pada 19 Mei 2021. Pasangan ini menamakan anak sulung mereka sebagai Soraya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Murai

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!