‘comeback’, Ameera Khan kongsi foto, Raih tumpuan netizen

PETALING JAYA – Setelah mendiamkan diri dalam media sosial sejak Julai lalu, selebriti Ameera Khan membuat kemunculan semula apabila kembali aktif menggunakan Instagram miliknya, @littlemisskhan.

Tetapi apa yang mengejutkan, kemunculan semula Ameera menuai perhatian ramai selepas dia bertindak memuat naik foto tanpa mengenakan tudung menutupi rambutnya seperti sebelum ini.

Ramai netizen meluahkan reaksi kurang senang kerana sejak minggu lalu, Ameera mencvri tumpuan apabila mengerjakan ibadah umrah bersama ibunya, Noor Kartini.

Sejak hilang dari Instagram, foto dan video adik kepada Neelofa itu dirakam dalam keadaan dirinya menyembunyikan wajah dari lensa kamera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @littlemisskhan


“Dalam Instagram ibu awak, beria tutup muka tetapi di sini (Instagram miliknya) tunjuk pula. Dasar raih perhatian,” ujar netizen.

“Sekejap buka, sekejap pakai. Begitulah Ameera sewaktu buka hijab dahulu pun lama berdiam. Saya suka awak tapi sedihlah begini,” luah peminat.

Dalam hantaran tersebut, Ameera berkongsi momen-momen indah semasa sambutan hari lahirnya yang ke-22 baru-baru ini.

Malah, dia turut berkongsi rasa teruja ketika mengerjakan ibadah umrah.

Kehadiran semula Ameera dalam Instagram disambut keterujaan peminat yang rata-ratanya sudah lama merindukan kemunculannya dengan perkongsian menarik dalam Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @littlemisskhan


“Alhamdulillah, akhirnya awak kembali. Kami rindu awak,” kata peminat.

“Awak kembali, sudah lama tidak kelihatan. Selamat hari lahir Ameera,” tulis pengikut.

Sejak beberapa hari lalu, Ameera tampil dalam Instagram milik ibunya, Noor Kartini apabila langsung tidak menunjukkan wajahnya ketika bergambar sehingga digelar ‘wanita mahal’ oleh peminat.

Terdahulu, Ameera sering menjadi buah mulut netizen setelah menimbulkan kecel4ruan ramai dengan imejnya yang bersilih ganti membuka tudung. – KOSMO! ONLINE

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!