Nad Zainal Tak Lagi Dirawat Di ICU, Dah Boleh Ketawa,

Hampir sebulan dimasukkan ke hospital akibat pend4rahan pada bahagian paru-paru, terbaru keadaan kesihatan pelakon Nad Zainal dilaporkan dalam keadaan baik dan tidak lagi ditempatkan di unit raw4tan rapi.

Menerusi satu perkongsian dibuat oleh pengarah Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata Nad sudah boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad) tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak lagi ditidvrkan.

“Nanad sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa. Nanad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendirian walaupun kami berpesan jangan sebab paru-parunya masih belum kuat,” katanya.

Bagaimanapun, Shahrulezad berkata Nad masih perlu berehat penjang berikutan p4ru-p4runya yang berlaku pend4rahan sebelum ini.

“Nanad juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan p4ru-p4ru yang luk4 masa pend4rahan tempoh hari. Alhamdullilah syukur sangat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut menjelaskan mengapa dia sudah lama tidak memuat naik perkembangan mengenai Nad kerana menghormati keluarga pelakon itu.

“Saya lama tak tak kongsi perkembangannya kepada umum kerana kesiankan keluarga Nanad. Selain dari mengutamakan kesihatannya, keadaan ment4l keluarga Nanad juga keutamaan kami.

“Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad pasti akan wujud rantaian berita bukan-bukan dan meny4kitkan hati kami terutama orang tua Nanad.

“Nanad anak tunggal, jadi bila berita yang bukan-bukan bersepah sana sini bayangkan macam manalah perasaan keluarga dia berdepan dengan fitnah itu seorang diri,” tulisnya.

Sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!