‘Prank’ baling kek Sekali Ustaz Azhar bagi komen padu

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menegvr sikap segelintir individu yang gemar menghasilkan kandungan media sosial secara keterl4luan semata-mata untuk mendapatkan tontonan (view) tinggi.

Terdahulu, kecoh mengenai video eksperimen sosial seorang pengguna TikTok, Daing Iskandar Mohd Tahir yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.

Video tersebut nyata mengundang kecaman ramai pihak yang menyifatkan ia sebagai tindakan biadab.

Ustaz Azhar dalam satu sesi ceramahnya baru-baru ini menjawab pertanyaan seorang individu yang mahukan penjelasan mengenai hvkum kepada tindakan tersebut.

“(Soalannya) zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lemp4r kek atas muka orang. Apakah hukumnya?

“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.

“Kita macam orang hilang ak4l. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang h4ram pun har4mlah,” terang Ustaz Azhar.

Tambahnya lagi, selain menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’, umat Islam wajib mengikut landasan dan batas yang sudah ditetapkan dalam melakukan sesuatu perkara, temasuklah bergurau.

“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam. Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul,” jelasnya.

Ustaz Azhar menyifatkan tiada salahnya untuk merakam video untuk dimuat naik sebagai konten di media sosial, namun ia tidak membelakangkan iman dan Islam itu sendiri.

Bagaimanapun, lelaki tersebut kemudiaannya tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan merupakan lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.


Wanita (m4ngsa) yang terlibat juga merupakan ibu angkatnya sendiri dan kandungan video telah dibincang bersama terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!