Rita Rudaini ibu hebat, Anak sulung hafaz al-Quran

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, anak sulung pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan mendapat perhatian dek ketampanan yang diwarisi daripada bapanya, kini dia sekali lagi mencvri perhatian kerana rajin menghafaz al-Quran.

Perkongsian video melalui akaun TikTok Rita, 46, memaparkan anak terunanya itu sedang menghafaz al-Quran daripada juzuk yang pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)


“Setiap kali cuti, masa maghrib dia akan minta mommy (panggilannya) dan adik semak balik hafazan dia dari juzuk yang pertama. Dia t4kut lupa,” ujar Rita.

Dengan kapsyen yang penuh sayu, pelakon itu menzahirkan rasa seb4k melihat anak-anaknya yang semakin menginjak dewasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)


“Seb4k hati sebenarnya tengok anak-anak sudah besar, dalam hati mommy cakap mungkin ini hikmah Allah mahu hadiahkan pada aku.

“Meskipun kami tidak sempurna macam orang lain tetapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hatiku. Alhamdulillah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)


Perkongsian penuh em0si pelakon jelita itu mengundang pelbagai komen daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji ketabahan dan kecekalan Rita mendidik serta membesarkan anak-anak sehingga dewasa biarpun sebagai ibu tunggal.

“Dapat didik anak kenal Allah dan al-Quran adalah kejayaan sebenar serta kebahagiaan yang paling besar,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Subhanallah, seb4k tengok, anak yang hebat hasil didikan seorang ibu hebat. Tahniah Rita,” komen pengguna lain.

“Kadangkala ujian Allah itu hebat untuk kita dapat yang terbaik sebenarnya. Tahniah puan berjaya mengharungi ujian hebat itu, teruskan berjuang demi anak-anak,” balas seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

Bagaimanapun mereka bercer4i pada September 2013. – KOSMO! ONLINE

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!