Cantiknya, Wajah Penyayang YM Raja Datin Sri Johanna Adrina, Isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri

Sentiasa setia di sisi suami, kehadiran isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz ini menawan perhatian. Kelembutan wajah YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad cukup memukau. Terserlah muda remaja, tak sangka wanita berumur 43 tahun itu rupanya ibu kepada 4 orang anak!

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hebat berusia 46 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan Raja Datin Sri Johanna, seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.

Ketika musim kempen pilihan raya yang lalu, calon Barisan Nasional di Kuala Selangor ini dilihat sentiasa ditemani isteri tercinta. Tersentuh membaca kata-kata Tengku Zafrul untuk isterinya.

“Walau sibuk macam manapun, mesti cari masa untuk dating. Barulah rumah tangga kekal bahagia. Terima kasih, Dina, kerana selalu di sisi saya. Dialah penyokong saya yang paling bersemangat.

Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yang hebat.”

Kenangan selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

SEINDAH NAMANYA

Foto: Instagram @jessarshad

Raja Datin Sri Johanna merupakan anakanda sulung Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Sir Tun Uda Alhaj, seorang ahli perniagaan terkemuka yang juga Pengerusi Maxis Communication serta bekas penuntut Harvard Business School.

Meskipun berasal daripada keturunan diraja Selangor dan dilimpahi kemewahan, tapi Raja Datin Sri Johanna amat menyenangi gaya hidup ringkas serta semula jadi. Inilah yang mendorong wanita tersebut menyertai usaha adiknya, Raja Jesrina Arshad dalam mempromosikan jenama gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan hidup, Purely B.

Adik-beradik jelita… Dari kiri Raja Jesrina Azlina, Raja Johanna Adrina dan Raja Jastina Adlina

Minat Raja Datin Sri Johanna terhadap remedi perubatan berasaskan herba, nutrisi dan bunga-bungaan menjadi asas penjagaan kecantikan serta kesihatan mereka sekeluarga.

Tidak hairanlah kenapa Tengku Zafrul sendiri sangat aktif bersukan. Sejak muda lagi mereka mengamalkan kehidupan sihat meliputi gaya hidup dan pemakanan seimbang, berkat minat wanita tersebut yang mencintai alam semula jadi.

Paling menarik, Raja Datin Sri Johanna pernah melahirkan dua orang anak secara gentle birthing dengan bantuan obstetrician terlatih.

Gentle birth bermaksud teknik bersalin yang mudah, tenang dan selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa dan selepas proses melahirkan.

BERTAULIAH

Sebelum ini, Raja Datin Sri Johanna pernah menimba pengalaman kerja dalam industri Sumber Manusia. Beliau kemudian menyertai seminar Anthony Robbins, yang menjadi permulaan minatnya dalam ilmu naturopati.

Foto: Instagram @tzafrul_aziz

Kini Raja Datin Sri Johanna mempunyai kelulusan Bachelor of Health Science (Naturopathy) dari University of New England (Australia) dan Advanced Diplomas in Naturapathy, Western Herbal Medicine, Nutrition, and Homeopathy dari Australasian College of Natural Therapies di Sydney.

Biarpun sebelum ini Tengku Zafrul sibuk dengan kerjaya di sektor perbankan dan kini menggalas tanggungjawab terbesar negara sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), pasangan hebat ini masih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan anak-anak.

Mereka sama-sama mempunyai pandangan hidup yang menyeronokkan. Tengku Zafrul umpamanya sangat suka menikmati nasi lemak, minat menyanyi dan meminati siri popular, Game of Thrones.

Sumber : https://www.nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!