Cantik & Rajin Masak Untuk Keluarga, Kagum Bakat Masak FARAHDHIYA!

Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja dikurniakan wajah yang cantik tetapi rajin ke dapur. Jika melihat wajah kacukan penyanyi ini tidak terlintas di fikiran bahawa Farahdhiya suka masak masakan kampung.

Teruja melihat resipi masakan lauk kampung air tangan Farahdhiya di laman media sosialnya. Dalam posting yang pernah dikongsikan, “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pegi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.”

Jelas pemenang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini lagi, dia mengaku seorang ‘kaki masak’. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung. Kenyang perut sentiasa!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

Credit Instagram @farahdhiya_fd
Credit Instagram @farahdhiya_fd
Credit Instagram @farahdhiya_fd / Bersama keluarga

Walaupun Farahdhiya yang mempunyai d4rah kacukan ini dilahirkan di Sarzana, Itali tetapi seleranya jauh berbeza dengan negeri kelahirannya, “Saya hantu budu dan tempoyak,” kongsi wanita yang pernah berlakon dalam drama Cinta Tanpa Henti ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)


Lebih menarik apabila Farahdhiya sempat berpesan dengan pesanan yang padu, “Jadi perempuan jangan asyik tau melawa je tapi malas ke dapur dan malas kemas rumah bagai. Biar seimbang baru lah complete,” coret Farahdhiya lagi.

Mengintai laman sosial milik penyanyi cantik ini, macam-macam hidangan yang telah dikongsinya. Antaranya Sambal Udang, Kari Ikan dan pencuci mulut pun ada.

“Tempe tauhu dan terung campur sayur bayam serta ikan tenggiri sambal belacan for lunch. Masak laju-laju sebab rushing nak pergi kerja. Habis muka merah-merah kena percikan tumbvk s4mbal belacan.”

Credit Instagram @farahdhiya_fd
Credit Instagram @farahdhiya_fd
Credit Instagram @farahdhiya_fd / Di samping abang

Farahdhiya juga tidak suka membazir, katanya, “I’m strict at home, makan dulu apa yang ada. Kalau tak cukup baru tambah apa-apa yang patut. Saya pantang orang bazir makanan dari dulu lagi. Duit tak senang nak cari, b4zir makanan ibarat buang duit ke dalam longk4ng,”

Farahdhiya baru-baru ini menerbitkan single terbaharu bertajuk Tak Terganti. Dia juga membintangi drama Kopi Cicah Svsu yang bersiaran di Astro Ria.

Sumber :nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!