[Video]‘Macam Anak Turkey’- Anak Rozita Che Wan Pakai Tudung Raih Perhatian Netizen

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan anak dara Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana?

Terbaru, pelakon Rozita memuat naik video anaknya perempuan , Aaisyah Dhia Rana yang tampil mengenakan tudung berwarna pink yang dililit dibahagian tengkuk menampakkan kecantikkannya yang seiras seperti ibunya yang sedang meneman ibunya di sebuah restoran.

Mana tidaknya, anak dara itu sering berhias mengalahkan ibunya sendiri dengan fesyen dan solekan yang dia sendiri mahukan. Yelah ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi, bukan?

Rata-rata netizen puji dengan penampilan anaknya yang persis macam anak Turkey dengan kulitnya putih salju, hidungnya yang mancung dan wajahnya mempunyai campuran Melayu-Inggeris.

 

“Macam Anak Turkey Ish Laa Segakk Masyallah”


Sekadar info, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga kepada pelakon itu hasil perkahwinannya bersama pelakon Zain Saidin. Terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya yang terdahulu.

Sumber :murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!