“Sekali Sekala Nad Membuka Matanya & Tidur Semula” – Rakan

Sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jankitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis berkongsikan keadaan Nad Zainal serta mendoakan buat aktres itu agar diberi kesembuhan.

Terbaru, pengarah drama terkenal, Shahrulezad berkongsikan perkembangan dan keadaan terkini Nad Zainal di Instagram miliknya sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


Menurut Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat berkata keadaan Nad kini semakin baik berbanding semalam serta luka pada paru-parunya juga semakin sembuh.

“Alhamdulillah, keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka-luka di paru-parunya semakin sembuh. Paru-paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat,” tulisnya.

Kongsi Shahrulezad lagi, Nad ada membuka matanya sekali sekala sebelum tidur semula. Ujarnya lagi, dos ubat-ubatan juga telah dikurangkan selepas keadaan Nad semakin stabil.

“Sekali sekala ada juga Nanad membuka matanya dan tidur semula.  Anyway sebahagian ubat ubatan juga ada yg telah mula dikurangkan dosagenya dan ada juga diberhentikan bila melihat keadaan Nad yg semakin stabil. Syukur tak terhingga,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


Dalam pada itu, Shahrulezad turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang tidak berhenti mendoakan kesembuhan buat Nad Zainal.

“Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa doa tulus kalian. Hanya Allah saja yang mampu membalas doa ikhlas kalian,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!