penglibatan dalam bidang lakonan bukanlah untuk mencari kekayaan– Alieff Irfan

MEMILIKI berjuta-juta pengikut dalam media sosial, YouTuber Alieff Irfan kini melangkah setapak ke hadapan apabila muncul dengan filem pertama berjudul, Daddyku G4ngster.

Mengakui teruja dengan debut di layar perak, lelaki berusia 25 itu bagaimanapun enggan menjadikan lakonan sebagai fokus utama, berbanding rutin hakiki seorang YouTuber yang sudah sebati dengan jiwanya sejak 2017 lagi.

Dia juga tidak pernah bermimpi untuk menjadi pelakon lebih-lebih lagi muncul di layar perak.

Bagaimanapun, apabila ditawarkan oleh penerbit, D’Ayu Pictures Sdn. Bhd untuk membintangi filem Daddyku G4ngster, Alieff tidak mahu melepaskan peluang tersebut bagi melihat sejauh mana kemampuannya.

“Saya memang tidak bercadang untuk menjadi pelakon, lebih-lebih lagi muncul dalam filem. Saya hanya mahu fokus sebagai YouTuber.

“Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Daddyku G4ngster pun sebab mahu mencuba. Lagipun, saya juga berlakon dalam kandungan ciptaan sendiri. Bezanya, filem pendek yang saya buat, diri sendiri adalah pengarah,” katanya.

Ujar bapa muda kepada dua orang cahaya mata itu lagi, peluang berlakon dalam filem arahan Ismail Bob Hashim itu juga membolehkan dirinya menimba ilmu dengan pelakon-pelakon ‘otai’ seperti Faizal Hussein dan Zul Huzaimy.

BAPA anak dua ini bercita-cita menjadi pengarah filem 4ksi suatu hari nanti.

“Saya teruja apabila dapat menimba ilmu dengan pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein dan Zul Huzaimy. Mereka berdua banyak ajar saya bagaimana cara untuk atasi rasa gvgup.

“Caranya mudah iaitu dengan menjadi diri sendiri. Hasilnya, saya berpuas hati dengan lakonan sebagai Alif dalam filem ini,” jelasnya.

Nama Alieff sendiri sudah cukup besar sebagai pesohor media sosial dengan memiliki lebih empat juta pengikut dalam YouTube.

Pendapatan yang dimilikinya sebagai ‘content creator’ juga cukup hebat sehingga tersenarai dalam daftar YouTuber paling kaya di Malaysia.

Alieff bagaimanapun berkata, penglibatannya dalam bidang lakonan bukanlah untuk mencari kekayaan. Cuma dia mahu menimba pengalaman dan cuba lakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alieff Irfan (@irfxn__)


“Saya berlakon bukan untuk jadi kaya. Malah saya sudah niatkan dalam diri mungkin Daddyku G4ngster menjadi filem pertama dan terakhir saya.

“Kemungkinan saya tidak akan berlakon lagi selepas ini kerana mahu memberi fokus menjadi YouTuber yang lebih memberi kepuasan.

“Tapi kalau ada tawaran dan watak yang menarik, mana tahu mungkin saya akan berminat untuk kembali berlakon,” jelasnya.

Alieff yang ditemui Pose baru-baru ini berkata, dia juga bercita-cita untuk mengarah dan menerbitkan filem sendiri suatu hari nanti.

“Sejujurnya dari segi kepuasan, saya lebih seronok hasilkan kandungan dalam YouTube. Sebab itu adalah platform saya, permulaan untuk bebas berkarya.

“Saya mengarah sendiri semua kandungan itu. Suatu hari nanti, saya juga mahu terbitkan filem sendiri. Saya ingin hasilkan sebuah filem bergenre aksi. Insya-Allah,” ujarnya.

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!