Mia Sara dikejarkan ke 2 buah hospital, punca sebenar didedahkan

PETALING JAYA – Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha dikejarkan ke dua buah hospital petang semalam akibat ketidakselesaan pada d4da dan mengalami n4fas pendek.

Keadaan tersebut berlaku kepada Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 17, disebabkan dia mengalami serangan p4nik yang t3ruk dan anxi3ty (kebimbangan) mel4mpau.

Bagaimanapun pengurusnya memaklumkan, pelakon Strawberi & Karipap itu sudah pun dibenarkan keluar hospital semalam selepas lapan jam pemantauan.

“Sekarang dia sedang berehat di rumah. Bagi pihak keluarga Mia, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas semua doa kalian,” tulisnya dalam Instagram Mia semalam.

Dalam pada itu, Mia menerusi perkongsian Instagram keduanya beberapa jam lalu mended4hkan, punca lain dia dimasukkan ke hospit4l disebabkan mengalami s4kit d4da ketika bern4fas selama tiga hari.

“Alhamdulillah saya semakin baik. Saya cuma didiagn0s dengan anxi3ty dan ser4ngan p4nik yang tervk.

“Juga mengalami s4kit d4da sel4ma tiga hari semasa bern4fas. Tetapi sekarang saya semakin pulih. Terima kasih semua untuk doa dan nasihat,” tulis Mia.

Perkongsian Mia tentang perkembangan terkini keadaannya melegakan ramai peminat.

Rata-ratanya mendoakan agar pelakon itu segera pulih dan menjaga kesihatan dengan baik selepas ini.

“Kami mendoakan awak Mia. Semoga cepat sembuh,” komen seorang peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!