[VIDEO] Iklan Mencari Jodoh Nazim Othman Raih Perhatian Warganet

Kebelakangan ini, pelakon Nazim Othman kerap berkongsi perkara-perkara yang berkaitan soal jodoh di media sosialnya dan menjadi perhatian dalam kalangan peminatnya.

Sebelum ini, Nazim telah menyatakan sekiranya tidak bertemu jodoh dalam masa dua tahun, dia akan berhenti berharap dan fokus dengan kerjayanya.

Kini, Nazim telah memuat naik video kompilasi dirinya sewaktu bercuti di pantai dengan berlatar belakangkan lagu, Bawalah Cintaku nyanyian Afgan menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

“Iklan mencari jodoh,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya, malah ada yang mendoakan agar pelakon itu cepat bertemu jodoh yang tepat.

“Haishh.. full of package ni. Semoga dipertemukan dengan cinta yang benar-benar tulus ikhlas yang benar-benar menerima seadanya diri dan tercapai jodoh apa yang dicitakan selama ini aminn..

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)


“Wow siapakah agaknya wanita bertuah itu? In Shaa Allah you will meet her one day….Just keep on praying.

“Org takut nk apply bang..t4kut sebelum apply dah kena reject.

“Haishh.. full of package ni semoga dipertemukan dengan cinta yang benar² tulus ikhlas yang benar² menerima seadanya diri dan tercapai jodoh apa yang dicitakan selama ini aminn..

“Ni lelaki melayu terakhir niii…tiberrr..Insha Allah..jodoh akan datang jika kita mencintai Illahi..Aaminn.

“Amboiii.. iklan bukan beshe² ni. InsyaAllah, moga dijodohkan dengan wanita yang beriman, baik pekerti, menyenangkan hati, menghiburkan jiwa. Yang sentiasa mengingatkan kepada Allah. Yang baik baik je untuk kapten. Aameen,” komen pengikutnya.

Sumber :xtra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!