“Kepada Kamu Moga Berbahagia” – Janna Nick Dah Putus Dengan Dini Schatzmann?

Penyanyi dan pelakon Janna Nick menerusi sebuah video mended4hkan status dirinya adalah ‘single’ dan sudah tidak lagi bersama kekasihnya Dini Azan Schatzmann. Eh, biar betul!
Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon berusia 27 tahun itu di TikTok, memaparkan dirinya sedang menjamu selera.
View this post on Instagram
Namun, apa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen adalah status Janna di mana dia menyatakan bahawa dirinya single seperti sudah putus bersama Dini.
Janna. 27 tahun. Single. Tak suka buka packaging sambal.
Bagaimanapun, di Instagram, pelantun lagu Gatal ini memuat naik hantaran yang mengukuhkan lagi kenyataannya.
Kepada kamu moga berbahagia, kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya.
Hasil pemerhatian OhBulan!, mendapati Janna telah menutup ruangan komen di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan seperti tidak percaya Janna sudah putus dengan Dini. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa ia hanyalah lakonan semata-mata.
Sumber : jannanickoficial, jannanick, via https://todaynews69