Dah 6 Bulan ‘Menghilang’ Di IG, Netizen Tertanya-Tanya Apa Jadi Pada Azar Azmi

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon Azar Azmi. Malah, pelakon itu juga dilihat tidak mengemas kini akaun Instagram miliknya sejak enam bulan lalu.

Kali terakhir Azar memuat naik posting adalah pada 6 Mei lalu berkenaan produk kecantikan yang diusahakannya. Bukan itu sahaja, akaun Instagram bisnes miliknya juga tiada sebarang kemas kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ABOS (@azarazmi)


Diruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa bimb4ng serta tertanya-tanya ke mana pelakon itu menghilang serta berharap Azar dalam keadaan baik-baik sahaja.

Pada Jun lalu, Utusan Online melaporkan seorang kenalan industri mendakwa Azar khabarnya sedang mengurungkan diri di rumah namun tidak diketahui sebabnya.

Malah, kelibat Azar juga tidak nampak di mana-mana acara hiburan. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu dan pasti ramai mahu melihat Azar kembali muncul di kaca televisyen.

Sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!