Penampilan Datuk Syafinaz Raih Perhatian Ramai, Sekali ini Yang Netizen Perasan

SHAH ALAM – Penampilan juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat pada konsert suku akhir malam ini dilabel sebagai mencol0k mata dan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Pada konsert malam ini, Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian d4da dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum. 

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen netizen.

“Tiada sesiapa ke nak tegvr baju Syafinaz agak s3ksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen.

Tangkap layar komen netizen berhubung baju Syafinaz Selamat pada malam konsert suku akhir, GV9.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!