[VIDEO] “Tengok wanita ini…” Fazura Jumpa Adik Neelofa, Sekali Ada Benda Lain Yang Netizen Perasan

SELEBRITI wanita yang sering mendapat pujian kerana sifat merendah diri iaitu Fazura sekali lagi menarik perhatian netizen di media sosial apabila memuat naik video pendek memberi pujian kepada adik Neelofa iaitu Athisha Khan.
Fazura dan Athisha dilihat cantik mengenakan busana berwarna merah jambu saling bertegur sapa di dalam sebuah majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Dalam rakaman yang dikongsi di Instastory, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuji Athisha memiliki rupa paras yang cantik.
Fazura juga terlihat beramah mesra bersama rakan selebriti
“Tengok wanita ini sangat cantik,” kata Fazura.
“Terima kasih! Awak pun selalu terlihat cantik,” balas Atisha pula.
Video pendek itu kemudiannya dikongsi semula oleh pemilik akaun TikTok skincarebyfazura.
Rata-rata memuji kecantikan kedua-dua selebriti ini dan menyifatkan Athisha seorang yang sangat merendah diri serta peramah.
Fazura bersama tetamu yang hadir pada majlis tersebut
VIDEO :
KOMEN NETIZEN :
“Keduanya cantik! Saya suka Athisha dengan Fazura sebab mereka berdua sangat merendah diri.
“Athisha memang baik dengan semua orang. Dia jenis seorang yang tidak suka masuk campur masalah antara adik-beradiknya,” kata netizen.
Sumber/Kredit : mStar
Diolah Oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri