“Jelas Sangat Pantulan Tu” Netizen Sahkan Shuib Bercinta Dengan Watie, Pekerjaan Wanita Ini Bukan Biasa2

Pelawak dan usahawan popular, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menjadi bualan hangat netizen gara-gara dia dikatakan keluar makan malam bersama seorang usahawan wanita dan juga anak-anaknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagramnya, dia membawa dua orang anaknya iaitu Dzahira Talita Zahr dan Ariq m4tin ke restoran Gordon Ramsay untuk menikm4ti makan malam bersama.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen, kelihatan pantulan di cermin susuk tubuh seorang wanita yang dipercayai Wati Hanifiah sedang menangkap gambar Shuib dan anak-anaknya.

Bahkan, dakwaan mereka menjalin hubungan percintaan semakin kuat apabila menjengah ke IG Story Wati, terdapat beberapa gambar dia berada di restoran tersebut dan video yang terdengar suara milik Shuib.

Takyah la berselindung lagi Shuib!

Susulan itu, ramai yang menegaskan agar Shuib tidak perlu lagi berselindung dan memperkenalkan sahaja kepada umum wanita yang sudah menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Peminat teruja!

Bukan itu sahaja, ramai netizen terutamanya peminat turut teruja apabila melihat Shuib sudah bahagia bersama pasangannya dan mendoakan agar dia segera membina mahligai bersama pilihan hati.

Malah, ada juga netizen meminta agar orang lain menghorm4ti apa jua keputusan Shuib dan tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta tidak sabar melihat usahawan itu kembali mendirikan rumah tangga.

Shuib nafi sk4ndal usahawan, bukan suaranya dalam video tul4r

Pelawak popular, Shuib Sepahtu menafikan suaranya dalam video usahawan, Watie Hanafiah yang sedang bermain golf yang tular dalam aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Tampil menjelaskan, Shuib berkata, tidak adil menvduhnya mempunyai sk4ndal dengan Watie, sebelum Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin meningg4l dunia lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


“Saya menafikan apa yang berlegar dalam media sosial berhubung video yang menunjukkan Watie sedang memukvl bola golf dan kedengaran seperti suara saya.

“Ada netizen menuduh saya sudah lama mempunyai sk4ndal dengan Watie sejak 2019.

“Tuduhan ini sangat tidak adil untuk saya mahupun arw4h Siti Sarah,” katanya menerusi nota suara dihantar kepada media.

Shuib menjelaskan, video yang dimuat naik bertarikh April 2019, sedangkan dirinya mula memegang kayu golf pada Mei 2020.

“Jika lihat semula tarikh tertera pada video yang tular itu pada April 2019, sedangkan saya hanya mula memegang kayu golf selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika itu, kerajaan memberikan kelonggaran kepada sukan golf, jadi saya buat keputusan mencuba aktiviti baru bagi mengelakkan kebosanan, malah, saya ada menghubungi Sharnaaz Ahmad untuk menyatakan hasrat berkenaan.

“Netizen yang tidak percaya boleh semak semula gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram,” katanya.

Nama Shuib menjadi bualan netizen dalam aplikasi TikTok selepas tul4r video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.

Menjawab suara lelaki yang kedengaran seperti suaranya, Shuib berkata, ia mungkin berlaku secara kebetulan.

“Kalau dengar semula rakaman ini memang perkataan ‘nice’ disebut mirip suara saya, tetapi individu dalam video berkenaan bukan saya.

“Suara memang tak sama langsung. Mungkin satu ayat boleh kedengaran sama, tetapi itu bukan suara saya dan ia sangat kelakar.

“Setakat suara, semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” katanya.

Terdahulu, nama Shuib menjadi bualan netizen dalam aplikasi TikTok selepas tul4r video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.

Rata-rata netizen mendakwa suara dalam video berkenaan adalah Shuib, memandangkan pelawak itu kini sedang digosipkan menjalinkan hubungan dengan usahawan berkenaan.

Gosip hubungan rapat Shuib dengan usahawan berkenaan mula tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video, baru-baru ini.

Menerusi video itu, pengguna itu mend4kwa Shuib dan Watie memakai baju sedondon ketika menghadiri beberapa konsert, baru-baru ini.

Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011. Bagaimanapun, arw4h Siti Sarah mengh3mbuskan n4fas terakhir pada 9 Ogos, tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat c0 VID-19.

Sumber/ Kredit : Instagram @iamwatie, @shuibsepahtu

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!