[VIDEO]“Dato K Yang Punya”- Gelagat Dato Siti Usik Peminat Di Konsert Cuit Hati Netizen

Baru-baru ini, Dato Sri Siti Nurhaliza mengadakan konsert amal buat kali ketiga yang diberi nama Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Yayasan Nurjiwa telah berjaya menganjurkan persembahan amal dengan kerjasama penganjur acara, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd (2022).
Satu video yang dikongsi oleh peminatnya di akaun tiktok @efftii telah menjadi tumpuan ramai dengan gelagat Siti mengusik peminatnya ketika konsert tersebut.
“Dato K Yang Punya”
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, terlihat Siti yang sedang menyakat satu pasangan yang menghadiri konsert tersebut. Katanya, lelaki tersebut memberi ‘flying kiss’ kepadanya sewaktu dia sedang menyanyi. Namun apa yang lebih menarik perhatiannya apabila perempuan disebelahnya berkelakuan seperti c.emburu ketika lelaki tersebut memberi flying kiss kepada Siti.
Pastukan yang depan ni, yang lelaki buat macam ni dekat saya. lepastu perempuan tu buat macam ni dekat lelaki tu.
Sempat Siti berseloroh mengatakan bahawa dirinya milik Dato K dan lelaki itu hanya suka dan minat kepadanya.
alaa tengok je.. suka je .. Dato K yang punya
Comel Siti Sakat Peminat Dia
Hasil tinjauan sumber di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat Siti yang mengusik peminatnya semasa konsert. Ada juga yang memujinya mengatakan Siti kelihatan comel ketika mengatakan ‘Dato K yang punya’.
sumpah tokti comel lahh . part kata dato k punya tu cute g.ila lah
ya allah lembut je cakap ‘ Dato K yang punya ‘ ayooo blushingggg ☺️☺️☺️pula dengar
eeeee comel la Tokti ni…”datok k yang punya” 🤣comellll

Sekadar info, pada 13 Jun 2010, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid, telah diiktiraf oleh E! News Asia sebagai Pasangan Selebriti Ketiga Paling Berkuasa di Asia, di belakang pasangan penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : murai
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.