Vida mengaku tidak bersalah, Video sumb4ng ‘mvah-mvah raya’

SEPANG – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahk4mah Sesyen di sini hari ini atas kesal4han membuat hantaran komunikasi bersifat sumb4ng dalam satu video muzik ‘mvah-mvah raya’ April lalu.
Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, selaku orang kena s4man (OKS), membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut pertvduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi akaun YouTube ‘DSV Entertaiment’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumb4ng sifatnya dengan niat untuk meny4kitkan hati orang lain.
Hantaran itu did4kwa dilakukan pada 29 April lalu yang kemudian telah dilihat pukul 11.06 pagi pada 5 Mei lalu di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), Cyberjaya.
Berikutan itu pertudvhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihv.kum bawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukv.man d3nda tidak melebihi RM50,000 atau penj4ra maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesal4han.
View this post on Instagram
Semasa prosiding, Timbalan Pend4kwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamed Fadzil mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Vida yang diwakili peguam, Datuk Adnan Seman merayu agar jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 kerana ini merupakan kali pertama anak guamnya ditvduh di mahk4mah.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Ahmad Fuad membenarkan Vida diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk serahan dokumen.
Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik netizen selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati Aidilfitri apabila ia kelihatan seperti menampilkan unsur ‘drag queen’.- KOSMO! ONLINE
Sumber :KOSMO