Sesuai benar, Netizen Suruh Iqbal Cepat Kahwin Dengan Wafariena

Lama tak dengar cerita tentang Iqbal Zulkefli, baru-baru ini usahawan sens4si itu ada memuat naik gambar bersama aktres meningkat naik, Wafariena Roslan di Instagram miliknya.
Difahamkan, Iqbal memuat naik beberapa gambar bersama Wafariena ketika digandingkan bersama menerusi sebuah telemovie Pok Yie.
Menerusi entri itu, Iqbal turut menulis kapsyen dia kehilangan kata-kata untuk diungkapkan serta bertanyakan siapa yang boleh membantunya.
Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan usahawan itu dengan Wafariena dilihat sepadan dan sesuai untuk menjadi pasangan.
View this post on Instagram
Malah, ada netizen meminta kedua-dua mereka segera berkahwin apatah lagi masing-masing masih belum berpunya dan sememangnya secocok.
View this post on Instagram
Sumber :ROTIKAYA