Ustaz Kazim sembuh daripada peny4kit misteri, menjalani raw4tan di Madinah

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim telah sembuh daripada peny4kit m1steri yang dihid4pinya sejak tahun lalu.

Menurutnya, beliau menjalani raw4tan alternatif peny4kit tersebut di Madinah pada September lalu.

“Saya buat raw4tan selama empat hari di dua tempat di Madinah. Saya dapatkan air dari telaga nabi yang masih wujud di Badr.

“Alhamdulillah, pulang dari situ, wajah saya sudah ‘ok’, tidak lagi luk4 dan berd4rah. Kalau dulu kena pakai topeng kerana boleh berd4rah secara tiba-tiba.

“Sekarang sudah bulan November dan keadaan pun semakin baik. Saya bersyukur kerana tidak perlu lagi pakai krim untuk tahan luk4,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah di sini hari ini.

Menurut Mohd. Kazim, beliau juga kini semakin sihat dan boleh memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.

“Jika orang mengikuti aktiviti seharian saya, mereka tahu saya memang sihat. Saya boleh berjalan dari Kuala Lumpur sampai ke Sik, Kedah. Dalam satu hari empat program dan semuanya jauh-jauh.

“Masalah saya (sebelum ini), penyakit saya ini tidak dapat dikesan dan saya telah pun pergi ke Madinah untuk r4watan dan alhamdulillah, sudah sihat sepenuhnya dan keadaan kesihatan saya sangat memuaskan,” katanya.

Pada Mei lalu, Mohd. Kazim dalam dua hantaran berasingan dalam media sosial miliknya memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!