[VIDEO]Tampil Mesra Di Mahlis Hari Jadi Anak? Syuk & Rossa Dah Berbaik Dan Bersama Semula?

Masih belum diketahui status rasmi pasangan suami isteri ini, Shuk Sahar dan Rossa Sera dilihat ada menyambut hari kelahiran anak mereka, Nur Qurratu Ain yang ke 6 tahun di Instagram. Pasangan itu dilihat duduk bersama-sama sambil meraikan hari bahagia itu bersama kesemua anak mereka di rumah.

Tampil ceria dan bahagia, ramai mula membuat spekulasi mengenai hubungan Shuk dan Rossa sama ada sudah berbaik ataupun sekadar berhubung demi anak-anak.

Ada juga yang berharap agar rumah tangga mereka kembali bahagia dan tidak jadi untuk berpisah. Seronok tengok macam ni. Keluarga bersatu bahagia. Semoga jodoh Sera dan Shuk berpanjangan.
Terdahulu, pasangan ini ada mencuri perhatian netizen apabila Rossa dilihat menghantar Shuk Sahar di lapangan terbang untuk tujuan mengerjakan umrah.

Shuk dan Rossa sebelum ini telah mengundang tanda tanya netizen apabila keduanya hadir ke pejabat agama khabarnya untuk urusan bercerai. Status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera terus menjadi tanda tanya dan belum menemui titik noktah.

Apatah lagi, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka sama ada masih suami isteri atau sudah bercerai kerana kehadiran orang ketiga. Terbaru, Sera atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyaih Asshaferah dalam satu hantaran di Instagram seakan-akan memberi bayangan masih berhubung dengan Shuk secara baik.


Menerusi satu video yang dimuat naik di Insta Story, Sera merakamkan detik Shuk bersama anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan umrah, baru-baru ini. Sera berpesan supaya Shuk memperbanyakkan doa dan berharap menjadi seorang bapa terbaik buat anak-anak mereka menerusi perkongsian berkenaan.

“Jaga diri, doa banyak-banyak di sana (Makkah) jadi ayah yang baik,” tulisnya. Dalam pada itu, Sera juga turut berkongsi kembali video memperlihatkan Shuk sedang berbual dengan anak-anaknya menerusi panggilan video.


Terdahulu, Rossa muncul menerusi program MeleT0P menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada awal Julai lalu.

Sebelum ini, Sera pernah mended4hkan sudah memfailkan cer4i terhadap Shuk pada November tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber :beautifulnara & Hmetro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!