“Macam Ikan Laga Tapi Comel!”- Gambar Mira Filzah & Neelofa Yang Mencuit Hati Warganet

Next To Neelofa Musin 2 sudah pun menemui penonton pada 22 Oktober dengan penampilan pertama artis jemputan iaitu Lisa Surihani dengan dihoskan sendiri oleh Neelofa dalam memberi insprirasi kepada penonton.
Namun, apa yang manarik perhatian Murai adalah salah satu artis jemputan dalam program tersebut adalah Mira Filzah. Ini kerana Mira telah memuat naik satu fotonya bersama Neelofa yang dia akan tampil dalam salah satu episod dalam program tersebut.
Gambar tersebut menjadi tumpuan netizen kerana pakaian yang dipakai oleh kedua-dua pelakon tersebut mengambarkan seolah-olah macam ikan laga. Mana tidaknya, seorang memakai merah dan seorang lagi biru dan kedua-duanya bajunya kembang meleret ke lantai.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen memberi komen yang menghiburkan dan ada juga komen mengatakan pakaian mereka bersesuaian dengan penampilan mereka yang berhijab.
“Dah Macam Ikan Laga Sekali Tengok, Shomell Sgt !!”
Untuk maklumat, Next To Neelofa ini berkisahkan diri artis jemputan dalam berkongsi mengenai kehidupan mereka yang orang tidak tahu dan tidak pernah dipaparkan dimana-mana platfom media dan dibawa khas hanya di Next To Neelofa. Program ini bersiaran pada hari sabtu jam 10 malam di Astro Ria.
Sumber/Kredit : Murai.MY
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.